Pendaftaran acara yang siap dalam 10 minit.
Kursus, ceramah, larian, bengkel atau majlis sekolah. Peserta daftar dan bayar dari telefon, dapat tiket QR dalam emel, dan anda imbas di pintu. Terima bayaran melalui akaun CHIP anda sendiri, biar kami kutip dan pindahkan ke bank anda, atau terima pindahan bank dengan resit.
Percuma untuk 1 acara dan 50 peserta. Tiada caj dari kami jika guna akaun CHIP sendiri.
Dari pautan acara ke sijil penyertaan
Semua yang penganjur kecil perlukan, tanpa borang Google, tanpa semak resit satu per satu di WhatsApp.
Cipta acara
Tarikh, tempat, banner dan jenis tiket. Tambah soalan sendiri seperti saiz baju atau no. IC.
Kongsi pautan
Hantar di WhatsApp atau cetak poster ber-QR. Peserta daftar dan bayar FPX, kad atau e-wallet.
Imbas di pintu
Buka pengimbas dari telefon anda, atau beri pautan pintu kepada petugas sukarela.
Keluarkan sijil
Peserta yang hadir terima e-sijil PDF yang boleh disemak keasliannya.
💳Pilih cara terima bayaran
Sambung akaun CHIP sendiri (tiada caj dari kami), daftar CHIP baharu melalui kami dan dapat 3 bulan Penyokong percuma, Mahu mula hari ini sementara CHIP diluluskan? Guna akaun CHIP BijakMedia: RM3.00 setiap tiket, dipindah ke bank dalam 2 hari bekerja. Atau terima pindahan bank terus: peserta muat naik resit, anda luluskan.
🐦Early bird & kod diskaun
Beberapa jenis tiket dengan kuota, harga awal yang tamat sendiri, dan kod promo untuk ahli atau rakan.
📝Borang ikut acara
Pilihan, kotak tanda, tarikh atau No. IC. Semua jawapan boleh dimuat turun sebagai CSV.
📱Tiket QR
Tiket PDF dan pautan dalam emel, siap dengan butang WhatsApp dan tambah ke kalendar.
🚪Daftar masuk pantas
Imbas QR dengan kamera telefon. Amaran jika tiket sudah digunakan atau belum dibayar.
🎓E-sijil
Sijil penyertaan automatik dengan nombor siri dan QR semakan. Penyokong boleh letak tandatangan.
Roda Impian: cabutan bertuah di hari acara
Tambah hadiah, buka roda di skrin besar, dan putar di hadapan peserta. Hanya mereka yang hadir masuk cabutan, setiap orang menang sekali sahaja, dan pemenang terus menerima emel tahniah.
- Pemenang dipilih secara rawak oleh sistem, bukan oleh tangan
- Tiada di tempat? Tekan sekali, roda diputar semula
- Peserta boleh semak senarai pemenang dari telefon
Percuma
Untuk acara komuniti dan percubaan.
- 1 acara dibuka pada satu masa
- Sehingga 50 peserta setiap acara
- Tiket QR, daftar masuk, e-sijil, Roda Impian, CSV
- Bayaran FPX, kad & e-wallet melalui CHIP, atau pindahan bank dengan resit
Penyokong 💚
Untuk penganjur yang buat acara setiap bulan.
- Acara dan peserta tanpa had
- Warna jenama, tanpa promo di tiket
- Tandatangan pada e-sijil
- Baucar RM100 untuk laman web dari BijakMediaMY